Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Semakan kurikulum tingkatan enam tingkatkan prestij

Imej hiasan


Langkah penjenamaan semula Tingkatan Enam dengan sasaran menambah baik sukatan mata pelajaran yang ditawarkan dilihat tindakan tepat sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. 

Apatah lagi, semakan itu seperti yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini akan dibuat supaya ia selaras dengan sukatan A-Level yang dikelolakan Cambridge Assessment lnternational Education (CAIE), United Kingdom (UK). 

Hal ini tentu sahaja demikian kerana kerana Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diiktiraf setaraf dari segi standard dengan A Level kelolaan CAIE itu sejak 1982. 

Menurut kementerian semakan sukatan mata pelajaran berkenaan dijangka selesai pada 2025 dan akan mula diperkenalkan pada Semester Satu 2016. 

Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dr Mohd Syaubari OtHman, berkata jika dilihat. sistem pendidikan Tingkatan Enant sudah mengalami perubahan sejak ia beralih daripada kaedah STPM Terminal kepada STPM baharu (modular) sekitar 2012. 

Katanya. sistem modular adalah kaedah yang sama dipraktikkan di universiti iaitu membabitkan sesi pengajian tiga semester. 

Menerusi sistem itu, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diambil daripada tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali, manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian. 

Bagaimanapun tegas Mohd Syaubari, terdapat keperluan meningkatkan taraf Tingkatan Enam seiring dengan A.Level. Hal ini disebabkan A-Level mendapat pengiktirafan yang diakui Oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia. 

"A-Level terkenal dengan standard tinggi dalam kursus. kursus peringkat prauniversiti dan diiktiraf secara meluas oleh universiti di seluruh dunia. 

"Pensijilannya bukan sahaja diiktiraf di UK tetapi ia juga diterima banyak negara maju yang lain termasuk Australia, Amerika Syarikat, Kanada dan Singapura," katanya. 

Struktur semula STPM  

Justeru katanya. amat penting untuk menstrukturkan semula STPM selari dengan A Level sekaligus memberikan pilihan yang sangat luas untuk pelajar rnenyambung pelajaran. 

Katanya, penambahbaikan itu juga diyakini menyediakan kepelbagaian pengetahuan yang mendalam memandangkan kandungan pembelajarannya lebih terperinci dan berfokus. 

Hari ini tegasnya. sangat penting bagi memastikan setiap pelaiar Tingkatan Enam dapat menguasai iljnu atau silibus seiring dengan apa yang akan dipelajari di peringkat universiti nanti. 

"Apa yang perlu difahami pelajar lepasan SPM atau Tingkatan Enam itu sendiri, A Level adalah program yang dilaksanakan untuk prauniversiti. Ia memang ditawarkan di Malaysia berdasarkan kerangka sistem pendidikan di UK atau GCE Advanced Level. 

"Umumnya pelajar diberikan pilihan untuk mengambil kursus ini selepas menamatkan SPM dan sebelum mengikuti kursus di universiti," katanya. Tambahnya. jika sebelum ini ramai pelajar tidak berminat atau beranggapan Tingkatan Enam sebagai 'sudah', hal sedemikian mungkin tidak lagi terjadi berdasarkan peluang lebih luas untuk lulusan STPM termasuk mampu menjadi tiket menyambung pengajian ke luar negara.

Tambah Mohd Syaubart. anjakan paradigma sebegini penting seiring dengan usaha KPM untuk menjenamakan semula pengajian di peringkat Tingkatan Enam. 
Ibu bapa katanya perlu melihat Tingkatan Enam sebagai satu lagi alternatif untuk melanjutkan pengajian selari dengan pertambahan yang berlaku dalam sistem pendidikan pada masa kini.

Faham kehendak industri 

Sernentara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Ismi Arif Ismail. berpandangan jika kurikulum Tingkatan Enam disemak semula ia perlu mengambil kira beberapa perkara, 

Antara paling utama katanya, keperluan memahami kehendak industri selain elemen yang menyediakan kepada kesediaan ke arah kerjaya (career readiness). 

Beliau berkata. justeru langkah penyelarasan dengan CAIE adalah baik kerana ia akan rnemastikan standard Tingkatan Enam di Malaysia adalah bertaraf antarabangsa. 

"Ini akan memudahkan pelajar kita diterima untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi di seluruh dunia. 

"Hal itu tentu saja atas kapasiti kualiti antarabangsa yang diselaraskan dalam semakan kurikulum tahap ini. 

"Namun beberapa perkara lain perlu terus ditingkatkan termasuklah menerapkan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) bagi menyediakan pelajar yang lebih kreatil dan inovatif" katanya. 

Untuk rekod ketika ini sistem STPM dijalankan dengan pembahagian tiga penggal dengan setiap satunya mengambil masa sekitar enam bulan, Calon wajjb menduduki peperiksaan STPM pada hujung pengajian semester ketiga. 

Bagl setiap semester pula pelajar akan menduduki peperiksaan dengan keputusannya diumumkan pada setiap awal penggal. Jika murid tidak memperoleh keputusan memuaskan, mereka boleh mengambjl peperiksaan ulangan untuk mernperbaiki gred. 

Ke semua markah dari tiga penggal akan dikumpulkan dan dikira pada akhir ketiga-tiga pe- periksaan untuk mendapatkan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) pada peperiksaan STPM sebenar.



Post a Comment

0 Comments