Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Peningkatan kes COVID-19: KKM saran murid sekolah pakai pelitup muka

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa. -Foto: NSTP


KUALA LUMPUR: Berikutan peningkatan kes COVID-19, termasuk varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan  pemakaian pelitup muka di  sekolah .Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagi membincangkan perkara itu.

Ujar beliau, garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) membabitkan murid dan pelajar di sekolah akan dikeluarkan sebelum mereka memulakan persekolahan 2 Mei ini selepas cuti Aidilfitri.

Kelmarin, Dr Zaliha memberitahu enam kes varian baharu COVID-19 XBB1.16 atau Arcturus dikesan di Lembah Klang, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 12, setakat ini.

Empat daripada  dikesan di Selangor,  dua di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, selain enam kes  di Sarawak.

Bagaimanapun, katanya, individu yang dijangkiti Arcturus yang juga subvarian kepada Omicron itu  hanya mengalami gejala ringan dan dilaporkan stabil.

Dr Zaliha berkata, walaupun pihaknya mencadangkan langkah pengawalan COVID-19 dibuat di sekolah selepas cuti perayaan ini, tetapi keputusan akhir bergantung kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk melaksanakannya atau tidak.

Baru-baru ini, KKM menyarankan sektor pendidikan melakukan saringan susulan 11 daripada 18 kluster COVID-19 yang dilaporkan pada minggu epidemiologi ketujuh 2023 adalah daripada kluster pendidikan.

Garis panduan berhubung SOP membabitkan murid dan pelajar di sekolah akan dikeluarkan sebelum mereka memulakan persekolahan pada 2 Mei ini selepas Aidilfitri. -Foto: NSTP

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, enam kluster membabitkan institusi pendidikan KPM iaitu tiga kolej dan masing-masing satu sekolah agama menengah, sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah, sementara lima lagi maktab dan satu taska.

KPM masih memantau rapat perkembangan terkini dan akan mengambil tindakan susulan, termasuk mewajibkan saringan selepas mendapat nasihat KKM.

Ahad lalu, ibu negara Vietnam, Hanoi melaksanakan semula peraturan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak  susulan peningkatan kes COVID-19. – BERITA HARIAN

Post a Comment

0 Comments