Imej hiasan |
BARU-BARU ini Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid (HEM) di sekolah kurang murid
ditawarkan lantikan secara hakiki dan
kebanyakannya menerima tawaran jawatan
tersebut.
Sebelum ini mereka hanya dilantik secara dalaman oleh pengetua berdasarkan pengalaman dan kebolehan menjalankan tugas.
Mereka tidak dibayar elaun tanggungjawab (ETJ). Mereka menjalankan tugas sama seperti rakan-rakan mereka di sekolah Gred A atau Gred B. Mereka pula terpaksa mengajar seperti guru biasa sehingga 30 waktu seminggu.
Berbeza dengan Penolong Kanan HEM di Gred A atau Gred B hanya berbelas waktu tetapi menerima elaun RM60 hingga RM120 sebulan.
Bagaimanapun, setelah ditawar dan menerima lantikan secara hakiki di sekolah sama, Penolong Kanan HEM di SKM masih juga tidak layak dibayar ETJ.
Elaun yang sudah dibayar terpaksa dipulangkan semula. Apa maknanya jawatan hakiki di SKM? Mengapakah ada beza?
Sekiranya tidak layak menerima ETJ atas status berkhidmat di SKM, jadi tidak perlulah memberi golongan ini jawatan tetap.
Semoga isu ini dapat diselesaikan segera supaya tidak ada rasa kecewa dan kecil hati dalam kalangan guru yang bertugas.
TOK MISAI | Pahang

Sumber: Utusan Malaysia
0 Comments