KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kenyataan pengguna Twitter dikenali Khalid@Khalids yang dimuat naik semalam, berhubung senarai 41 kematian guru akibat pengambilan vaksin COVID-19.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pihaknya membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang memaklumkan senarai itu tidak benar.
Katanya, siasatan awal mendapati kenyataan itu mendapat 52 perkongsian (retweet), 1,168 maklum balas (quote tweet) dan 70 tanda suka (likes).
"Kes disiasat mengikut Seksyen 500 dan 505(c) Kanun Keseksaan selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
DISYORKAN UNTUK ANDA
Panggil saksi lain jika perlu
Kerajaan tidak kompromi tindakan hina Islam
Polis siasat 'Dr Han' pertikai skim doktor kontrak
Penjara 10 tahun 10 bulan kerana hina Nabi
"Ia kerana memfitnah, mempunyai niat atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain serta penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan malam ini.
Abd Jalil berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
"Polis menasihatkan orang ramai supaya cakna dan peka terhadap pihak yang cuba mengganggu kelancaran program vaksinasi yang sedang dilaksanakan kerajaan.
"Mereka juga digesa untuk menjadi pengguna media sosial bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu untuk menyebarkan maklumat tidak dipastikan sumbernya hingga mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara," katanya.
0 Comments