Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Penolong Kanan Kokurikulum “Undang” Ketidakpuasan Hati Warga Sekolah


Tiga keping foto tersebar di laman Facebook di dalam laman kumpulan-kumpulan guru popular awal pagi tadi. Foto tersebut mengandungi tuntutan dengan beberapa tuduhan yang didakwa telah dilakukan oleh seorang Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum (GPK Ko) sebuah sekolah di Kelantan.

Foto yang pertama hanya tertera tuntutan kepada pihak berwajib seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya menggerakkan GPK Ko tersebut keluar dari sekolah tersebut.
Foto yang kedua dilihat lebih berani apabila kain rentang tersebut terus dicetak dengan nama GPK Ko sekolah tersebut berserta beberapa dakwaan yang menyebabkan mereka berasa tidak berpuas hati.

GPK Ko tersebut didakwa telah menjatuhkan maruah guru-guru dan juga sekolah tersebut. Pihak berwajib juga dilihat tidak mengambil apa-apa tindakan daripada tuntutan mereka.
Gambar ketiga yang dikongsikan lebih berani apabila ke semua guru yang membuat tuntutan dilihat mengambil gambar bersama salah satu kain rentang berkenaan sambil berada di perkarangan sekolah.
Hingga setakat berita ini ditulis, masih tiada apa-apa kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berwajib sama ada daripada PPD, JPN mahu pun KPM.

Rata-rata netizen tertanya-tanya adakah tindakan sebegini dibenarkan, tiadakah tindakan yang lebih profesional yang melibatkan penjawat awam seperti ini dan apa yang sebenarnya telah dilakukan GPK Ko tersebut sehingga timbul dalaman yang sepatutnya diselesaikan secara mufakat tetapi ditularkan sebegini rupa.

Semoga ada pencerahan supaya perkara ini dapat diselesaikan tanpa menjejaskan kredibiliti dan intgeriti profesion guru pada masa hadapan.

Post a Comment

0 Comments