![]() |
Imej via FB Dr. Maszlee Malik |
Usaha mentransformasikan pendidikan negara diteruskan lagi Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik. Kali ini beliau berpeluang bertemu dengan penggiat filem negara yang terkenal bagi membincangkan beberapa isu yang mampu diketengahkan melalui saluran seni ini. Ikuti pendapat beliau yang telah dikongsikan melalui laman Facebook beliau sendiri.
Saya mengambil kesempatan dalam pertemuan berkenaan untuk mendengar sendiri pandangan dan idea bernas golongan seni ini dalam usaha untuk membantu pembangunan bidang pendidikan di Malaysia.
![]() |
Imej via FB Dr Maszlee Malik |
Selaras dengan usaha berterusan Kementerian Pendidikan untuk mendekatkan institusi pendidikan dengan masyarakat, komuniti filem tanah air juga wajar disantuni dan idea mereka wajar didengar untuk kita sama-sama membangunkan pendidikan lebih menyeluruh untuk semua.
Sumber: FB Dr Maszlee Malik
0 Comments