![]() |
Imej via FB Kementerian Pendidikan Malaysia |
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, objektif dasar pendidikan negara bukan hanya semata-untuk untuk memberi ilmu kepada anak-anak sebaliknya membentuk peribadi lebih baik kepada setiap warganegara.
“Saya harap semua warga pendidikan akan ambil perhatian perkara ini, kita akan mengubah kurikulum sekolah-sekolah supaya tumpuan diberi kepada penguasaan ajaran Islam sebenar, penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan sains dan teknologi.
“Dengan ini kita fikir kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ambil Cakna bersama Warga Pendidik Terengganu di Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Centre di sini hari ini.
Yang hadir sama, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat; Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris juga hadir.
Majlis hari ini turut disertai kira-kira 880 warga pendidik seluruh Terengganu.
Sumber - UTUSAN ONLINE
loading...
0 Comments