Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tidak perlu tertekan dengan UPSR

PUTRAJAYA 24 Sept. - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan satu penilaian `taruhan besar' (high stake) sehingga memberi tekanan kepada murid, pihak sekolah dan ibu bapa.

Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan menjelaskan, fokus utama Kementerian Pendidikan terhadap UPSR untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah.
"UPSR merupakan suatu `check point' (titik penentu) untuk menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan di peringkat sekolah rendah.

"UPSR bukanlah suatu peperiksaan pada peringkat pensijilan justeru kementerian berhasrat untuk mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan," jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini sehingga 27 September ini.

Sumber - UTUSAN ONLINE.
loading...

Post a Comment

0 Comments