Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jawatan Pembantu Pengajar ringan tugas guru - Timb. Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Jawatan Pembantu Pengajar akan diwujudkan bagi menggalas tugas pentadbiran dalam usaha mengurangkan beban dipikul guru di negara ini.

Presiden PKR, yang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) komited dalam memastikan guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam mendidik pelajar seperti termaktub dalam Buku Harapan.

"Kerajaan peka terhadap cabaran dan isu utama yang dihadapi oleh guru di negara ini," katanya dalam Perutusan Hari Guru 2018, di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, dalam usaha itu, capaian sistem teknologi maklumat di sekolah juga akan diperbaiki supaya pengajaran boleh berlangsung secara lebih interaktif dan berkesan bagi mencerminkan peningkatan prestasi pendidikan di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mewujudkan biasiswa khas untuk guru yang mahu menyambung pengajian dan latihan profesional mereka.

"Harapan kami usaha ini akan dapat mengangkat martabat dan meningkatkan kecekapan guru di negara ini terutama sebagai pendidik generasi akan datang

"Kepada semua guru yang tercinta dan disanjungi, terima kasih dan Selamat Hari Guru buat anda!," katanya dalam kenyataan yang turut dimuat naik dalam laman sosial, Facebook beliau yang dikongsi lebih 600 pengikutnya setakat jam 10.40 malam tadi.

loading...