Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah.
Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.
Salah satu elemen yang mendokong kecemerlangan pengurusan Hal Ehwal Murid adalah pengurusan Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM).
Berikut adalah panduan umum yang perlu dipatuhi dalam pengurusan dokumen tersebut:
- Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi serta akan diaudit oleh Juru Audit JPNJ yang bertauliah.
- Hanya guru tingkatan dan mereka yang bertanggungjawab boleh menggunakan Jadual Kedatangan Pelajar.
- Pelajar dilarang sama sekali memegang atau membawa atau menanda Jadual Kedatangan Pelajar.
- Semua butiran hendaklah DITULIS dengan terang dan kemas serta hanya menggunakan pen atau pena mata bulat yang BERDAKWAT HITAM sahaja.
- Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan garisan lurus sepanjang ruangan atau ruangan-ruangan itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang ruangan itu.
- Tandakan Buku Jadual Kedatangan Pelajar ini dengan dakwat, JANGAN sekali-kali dengan pensil, kemudiannya diikuti dengan dakwat pula di atasnya.
- Buku Jadual Kedatangan ini hendaklah ditulis terus, yakni tidak disalin daripada kertas lain atau seumpamanya.
- Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja dan ditandatangani ( Initial ) terutamnya di bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN PEMADAM CECAIR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI PERATURAN.
- Semua maklumat di dalam Jadual Kedatangan Pelajar mestilah tepat dan kemaskini.
- Maklumat pada bulan Disember hendaklah dipenuhkan kecuali pada ruangan kedatangan pelajar. Ruangan ini hendaklah dipotong ( Cross ) dari penjuru atas kanan ke penjuru bawah kiri. Tuliskan “ CUTI AKHIR TAHUN “.
- Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah disimpan di tempat asal setelah digunakan.
- Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dibawa keluar dari pejabat sekolah. Sekiranya guru tingkatan atau mereka yang bertanggungjawab menggunakan Jadual Kedatangan perlu membawanya keluar. Sila catatkkan pergerakan Jadual Kedatangan Pelajar di dalam Buku Pergerakan Dokumen yang ada di pejabat dan pulangkan semula sebelum waktu rehat.
- Sekiranya guru tingkatan tidak hadir kerana sakit atau berkursus maka tangungjawab mengisi kehadiran pelajar akan dilaksankkan oleh Kaunselor.
- Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dipinda samasekali seperti menampal dengan kertas lain di bahagian yang salah atau comot.
Kulit hadapan luar Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM)
- Kulit hadapan Jadual Kedatangan hendaklah ditulis butiran lengkap mengikut ruangan yang perlu diisikan.
- Jika berlaku pertukaran guru kelas, nama guru kelas yang baru hendaklah ditulis, dan nyatakan tarikh pertukaran berlaku di sebelah nama guru yang baru tersebut. Contoh , ALI BIN AHMAD ( 22 MEI 2018)
- Guru kelas yang baru hendaklah meneruskan semua kerja guru kelas yang lama termasuk menyambung kerja melengkapkan butiran yang belum lengkap.
- Kulit Jadual Kedatangan Pelajar jika disampul dengan kertas penyampul maka segala butiran yang perlu hendaklah ditulis pada kertas penyampul tersebut.
- BJKM hendaklah ditandakan seperti simbol-simbol berikut:
Rujukan:
loading...
Social Plugin