JOHOR BAHRU 16 Jan. – Kementerian Pendidikan kini dalam peringkat akhir kajian berkaitan isu murid dibebani beg sekolah berat dan dijangka siap dalam tempoh sebulan.
Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata, berdasarkan pemantauan yang dilakukan semasa mengadakan lawatan di sekolah-sekolah, isu berkenaan dilihat semakin berkurangan.
Menurut beliau, kebiasaannya isu berkenaan timbul berpunca daripada reka bentuk beg dan bukan beban daripada buku sekolah.
‘‘Saya pergi sekolah dan apabila berjumpa dengan murid tahun satu, saya ambil beg mereka dan ada pengurangan sikit. Di sekolah Tamil, saya juga telah minta kepada guru besar supaya bawa buku mengikut jadual hari itu sahaja.
‘‘Apa pun, kita masih memantau perkara itu dan kini sedang menunggu laporan akhir dan dalam sebulan dua ini akan siap,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bukit Serampang, Bukit Indah di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengarah Pendidikan Johor, Shaharuddin Sharif.
Sementara itu, mengulas mengenai SJKT Ladang Bukit Serampang, Kamalanathan berkata, sekolah berkenaan yang dibina dengan peruntukan sebanyak RM7.9 juta mula beroperasi semalam dan mempunyai 143 murid.
Tambahnya, selain sekolah itu, terdapat 37 SJKT yang sudah dan sedang dibina dengan peruntukan sebanyak RM80 juta diberikan kerajaan di bawah Pakej Rancangan Khas 2012.
‘‘Dalam pakej awal, hanya RM80 juta diperuntukkan, namun kos untuk membina 37 buah sekolah itu meningkat kepada RM216 juta. Bagaimanapun, Perdana Menteri meminta kita meneruskan projek tanpa mengurangkan skop kerja atau sekolah walaupun tanggungan kerajaan meningkat,’’ katanya.
Sumber: Utusan Malaysia

loading...
Social Plugin