KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menafikan bebanan kerja yang terpaksa ditanggung guru di sekolah mengakibatkan golongan itu tidak cukup masa untuk mendampingi pelajar.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata guru di negara ini tidak terbeban dengan waktu bekerja hakiki seperti peraturan yang ditetapkan agensi antarabangsa.
Memetik laporan International Level Organization (ILO), beliau berkata, guru tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu.
"Ada perkara yang disebut ada kaitan dengan tugas hakiki guru dan bukan hakiki seperti lakukan perkara lain. Kalau ada (tugas bukan hakiki) dalam kalangan guru, kita boleh kesan.
"Kita boleh beri spesifik jumlah tugasan yang dibuat guru selain tugasan mengajar sepenuhnya dalam bilik darjah. Misalnya, guru juga buat kerja masukkan data.
"Perkara ini diambil kira oleh kementerian dan kita akan perhalusi," katanya ketika sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), yang bertanya bebanan tugasan guru di sekolah membuatkan golongan pendidik itu tidak cukup masa mendekati pelajar sehingga mereka terjerumus ke kancah masalah displin.
Mengulas masalah displin pelajar, Mahdzir berkata, masalah paling serius ialah gangsterisme, disusuli salah guna dadah, buli dan ponteng sekolah.
Beliau berkata, sehingga kini, daripada 5.1 juta pelajar seluruh negara, sebanyak 442 pelajar dibuang sekolah kerana terlibat dalam masalah displin.
Meskipun jumlah itu kecil, katanya, kementerian tidak melihat perkara itu remeh, sebaliknya berusaha membendung masalah displin menular dengan kerjasama guru dan masyarakat.
"Hal berkaitan disiplin perkara serius yang dibincangkan bukan sahaja di peringkat kementerian, malah menyeluruh dengan badan berkaitan pembangunan manusia dalam beberapa jawatankuasa, melalui tindakan penguatkuasaan.
"Ia membabitkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia dan lain-lain.
"Saya juga ingin menegaskan, apa jua tindakan, kita ambil kira kaedah supaya anak-anak ini tidak sampai dibuang sekolah. Kaunseling sangat diperlukan di peringkat awal untuk pujuk mereka ke sekolah," katanya.
INFO
Program pemulihan Kementerian Pendidikan
- Membabitkan lapan penjara
- Empat buah sekolah Henry Gurney
- 640 pelajar di sekolah dalam kawasan penjara

Social Plugin