Perubahan tersebut terpaksa dilaksanankan setelah pihak Jakim menerima laporan bahawa telah berlaku kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 28 September 2017 yang mengakibatkan kehilangan tiga (3) kertas soalan bagi tiga (3) subjek peperiksaan UPPK 2017. Jabatan Agama Islam Melaka telah membuat laporan kepada Pihak Berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.
Sehubungan itu, Jakim memaklumkan perkara yang berlaku tidak akan menjejaskan pelaksanaan peperiksaan UPKK 2017 kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut. Bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017 penyusunan jadual baru adalah seperti berikut:
Social Plugin