![]() |
KHAIRUL ANUAR MOHD. GHAZALI meninggal dunia di Hospital Tawau, semalam. - MEDIA SOSIAL/UTUSAN |
Pengerusi Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan Malaysia) Tawau, Zakaria Abd. Rashid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, Khairul Anuar Mohd. Ghazali, 34, meninggal dunia pada pukul 10 malam tadi.
Menurut Zakaria, jenazah disolatkan di Masjid Raya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 3, Jalan Apas di sini selepas solat zohor hari ini.
Semalam, Pengerusi Perakan Malaysia Sabah, Mohd. Ariff Yusoff menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebar maklumat tidak tepat kononnya seorang guru berasal dari Kelantan terlantar di Hospital Tawau selama tiga bulan tanpa penjagaan keluarga selain turut kehilangan duit serta telefon mudah alihnya di hospital.
Kad pengenalan tertera nama arwah dan gambar seorang lelaki dalam keadaan terbaring di katil hospital Tawau tular di media sosial sejak dua hari lalu. - BERNAMA
Social Plugin