KPM telah memaklumkan bahawa bagi penempatan guru baharu, iaitu guru yang keluar dari IPGM dan IPTA akan dibuat pada bulan Julai 2017.
Jumlah mereka adalah dianggarkan seramai 1,175 orang meliputi seramai 746 orang untuk ditempatkan di sekolah rendah dan seramai 429 orang untuk ditempatkan di sekolah menengah.
Dalam hal ini juga, KPM ingin menjelaskan bahawa bagi penempatan baru ini, semua calon tersebut hendaklah akur terhadap penempatan mereka kerana ia dibuat berdasarkan kepentingan perkhidmatan di seluruh negara. Mana-mana calon yang menolak arahan penempatan tersebut boleh dianggap menolak tawaran sebagai guru.
KPM telah menetapkan bahawa kekosongan jawatan di sesebuah negeri akan diberi keutamaan untuk penempatan guru-guru yang mohon bertukar khususnya dalam kes-kes sakit kronik, ancaman keselamatan, mengikut pasangan, tempoh berkhidmat di sesebuah sekolah termasuk kes-kes yang dikategorikan sebagai duka lara.
Sumber: Portal TokdetJumlah mereka adalah dianggarkan seramai 1,175 orang meliputi seramai 746 orang untuk ditempatkan di sekolah rendah dan seramai 429 orang untuk ditempatkan di sekolah menengah.

Social Plugin