Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Waspada lelaki gila seks sasar pelajar perempuan

Sekadar gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pelajar perempuan diingatkan supaya berwaspada dengan individu tertentu yang berpura-pura bertanyakan sesuatu tetapi dikatakan berniat mengambil kesempatan terhadap mereka.

Ini berikutan kejadian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, yang ditarik masuk ke dalam kereta Proton Wira, di Jalan San Peng, di sini, sekitar jam 7 pagi, Selasa lalu, berhampiran sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman, berkata suspek seorang lelaki berbadan gempal dan berkulit gelap dilaporkan memandu keretanya menghampiri mangsa sebelum bertanyakan jalan untuk masuk ke sekolah.

"Pada masa sama, suspek akan cuba mendekati mangsa yang menghampiri keretanya sebelum memberitahu dia mahu menemui seorang guru di sekolah mangsa.

"Suspek kemudian mempelawa mangsa naik keretanya namun disebabkan keengganan mangsa, suspek terus menarik tangannya dan beredar dari kawasan sekolah," katanya kepada BH.

Sukri berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke Jalan Pudu sebelum kembali semula ke Jalan San Peng dan masuk ke Jalan Loke Yew.

"Ketika dalam kereta, suspek bercerita mengenai pelbagai kisah lucah selain menyentuh alat sulit mangsa serta mengarahnya melakukan seks oral," katanya.

Akibat ketakutan dengan situasi itu, mangsa nekad terjun dari kereta suspek ketika di Jalan Loke Yew, sebelum lari menyelamatkan dirinya.

Suspek terus memecut keretanya ke arah Cheras, selepas melihat orang ramai memerhatikan kejadian itu.

Setakat ini pihak polis masih berusaha mengesan suspek berkenaan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Saksi kejadian diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.

Sumber: Bharian

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments