Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cadangan Eviden Penarafan Kendiri Guru Dalam SKPMg2 Standard 4

Pening kepala dengan SKPMg2? Tak ada idea nak letak eviden?
SISC+ Azura ada mencadangkan pelbagai cadangan eviden untuk dijadikan sebagai panduan bersama. Beliau juga telah kongsikan perkara tersebut melalui laman FBnya.

CADANGAN EVIDENCE yang perlu disediakan oleh guru untuk penarafan kendiri SKPMg2 Standard 4:

1. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

2. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) - mesti lengkap menunjukkan ada pelbagai strategi pengajaran, objektif boleh diukur, refleksi dicatatkan, pentaksiran/penilaian dicatat dalam aktiviti dan BBM/BBB

3. ABM/BBM/BBB

4. Hasil kerja murid - buku latihan, lembaran kerja, karya murid, projek murid

5. Bahan hasil perbincangan murid

6. Latihan pemulihan & latihan pengayaan
7. Bahan pentaksiran - borang atau latihan @ bahan pentaksiran

8. Borang perekodan TP @ Band

9. Gambar aktiviti murid, gambar ketika guru menggunakan sistem kawalan kelas, sistem untuk mengenal pasti kefahaman murid dan sebagainya

10. Bahan TMK/site VLE-frog berserta bahan latihan di dalamnya

11. Buku catatan untuk merekod nama murid yang bertanyakan soalan di dalam kelas

Hak cipta terpelihara SISC+ Azura

TERIMA KASIH

Post a Comment

1 Comments

  1. Perhatian kepada semua.. Dalam instrument SKPMg2 bagi standard 4 (PdPc) pernyataan yg digunakan bukan eviden tetapi CATATAN. Pernyataan EVIDEN hanya digunakan utk Standard 1 hingga 3 shj. Bagi saya sebaiknya tukar perkataan eviden kepada catatan.

    ReplyDelete