![]() |
Gambar hiasan |
Penyelaras Bengkel Merancang Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21), Basri Sahlan berkata, menggunakan Model ASIE dapat menjimatkan masa dan kos serta memudahkan guru merancang PAK-21.
“Model ASIE memenuhi konsep kolaboratif dalam mewujudkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) PAK-21 di dalam kelas,” katanya.
Bagi pentadbir Sekolah Kebangsaan (SK) Serting Hilir 2, Mohd Asif Ahmad, Model ASIE mampu menambah baik kemahiran dalam penyediaan rancangan pengajaran PAK-21.
Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+), Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah, Noorzarina Abdul karim berpendapat, ASIE merupakan satu inovasi yang merealisasikan PAK-21 dalam PdPc guru.
Sementara itu, guru SK Telok Kemang, Noorazam Ahmd Nadzir pula memberitahu, Model ASIE banyak membantu dan memudahkan guru membina, merancang dan berkongsi pengajaran PAK21.
Model ASIE dicatat abstraknya dan diindeks dalam pangkalan data, Pusat Maklumat Bahan Pendidikan Antarabangsa (Education Resources Information Center, ERIC).
-Utusan Malaysia
0 Comments