Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jangan naik harga makanan di kantin - Kamalanathan

TIMBALAN Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan
(tiga dari kiri) memberi kata-kata motivasi
kepada murid-murid yang memasuki bilik darjah
bagi mengikuti pembelajaran di bangunan baru
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kelan, Kulai.
 - Foto Hairul Anuar Rahim
KULAI: Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada pengusaha kantin sekolah supaya tidak menaikkan harga makanan hingga membebankan murid atau pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan jika ada aduan daripada ibu bapa berhubung perkara itu.

"Setakat ini, belum ada aduan diterima dan kita harap ibu bapa yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini tampil bagi membolehkan siasatan dibuat.

"Pengusaha kantin perlu mematuhi harga makanan seperti ditetapkan dalam tender masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melawat bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kelan, di sini, hari ini.

DATUK P Kamalanathan (tengah) bergambar kenangan dengan guru dan murid-murid di bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kelan, Kulai.

Kamalanathan berkata demikian ketika diminta mengulas rintihan masyarakat dalam laman sosial Facebook, yang mendakwa berlaku kenaikan harga makanan di kantin sekolah hingga membebankan murid dan pelajar.

Mengenai lawatan hari ini, Kamalanathan berkata, sekolah berkenaan disiapkan tahun lalu dengan kos kira-kira RM5.9 juta. Setakat ini, katanya, ia menempatkan 171 murid dan 20 guru.

"Kementerian turut menyampaikan peruntukan RM80,000 kepada sekolah berkenaan tahun ini bagi menjalankan kerja penyelenggaraan," katanya.

Sumber: Bharian
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments