![]() |
Antara guru-guru yang mendapat perhatian netizen sewaktu sesi persekolahan bermula semalam. - Foto dipetik dari Facebook Koleksi Viral |
Semuanya bermula apabila guru-guru yang comel dan manis ini ditularkan di media sosial hinggakan ada bapa-bapa menjadi rajin menghantar anak ke sekolah malah.
Mengambil dari sudut pandang yang positif, dengan adanya guru-guru ini boleh dijadikan tarikan untuk anak murid lebih bersemangat hadir ke sekolah.
“Tidak dinafikan memang ramai guru comel sekarang ini serta mereka juga turut disarankan untuk menjaga penampilan sebagai seorang tenaga pengajar.
“Bila cikgu-cikgu pakai cantik, para pelajar pun akan suka dan sedikit sebanyak kita pun akan rasa yakin bila mengajar,”katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
“Kita disajikan dengan pelbagai gaya pakaian dan lilitan tudung, jadi cikgu-cikgu dapat lebih berdaya kreatif bila ke sekolah.
0 Comments