Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan seorang lagi pelajar berhubung kes merakam dan menyebar video ‘bawah kain’ seorang guru wanita pada 16 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pelajar tingkatan tiga itu dipercayai berada di Johor.
"Pelajar ini dipercayai rakan pelajar yang terbabit dan kita juga sedang mengesan individu lain yang menyebar serta melakukan perkara ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.
Video tujuh saat itu dirakam menggunakan telefon bimbit pada 8.30 pagi ketika guru Bahasa Inggeris berkenaan yang berbaju kurung sedang membalut meja pelajar dalam kelas.
Sabtu lalu, polis mengenal pasti lima pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di ibu negara yang merakam dan menyebarkan video berkenaan.
Mohd Sukri berkata kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan berkelakuan tidak senonoh.
Berita berkaitan:

0 Comments