Hot Posts

6/recent/ticker-posts

2.2 juta bersekolah 
rendah sesi 2017


BUKIT GANTANG 3 Jan. - Sebanyak 2,206,412 murid memulakan sesi persekolahan rendah di seluruh negara bagi sesi 2017 dengan 435,882 orang mendaftar bagi tahun satu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,689,893 murid menuntut di sekolah kebangsaan diikuti oleh sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) (448,337 murid) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) (68,182 murid).

“Bilangan keseluruhan guru yang terlibat dalam sesi persekolahan rendah dan menengah pada tahun ini pula ialah 418,850 orang. Jumlah ini termasuk guru-guru yang ber­khidmat di sekolah menengah teknik, kolej vokasional, sekolah dalam hospital, sekolah jabatan penjara, sekolah seni dan sekolah sukan.

“Sebanyak 188,342 guru ber­khidmat di sekolah kebangsaan manakala 37,014 dan 9,357 orang pula masing-masing mengajar di SJKC dan SJKT seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat dua buah sekolah kurang murid iaitu SJKC Ngai Seng dan SJKC Sungai Rotan di Trong dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Sin Woon berkata, di Perak, sebanyak 32,463 murid mendaftar bagi kemasukan tahun satu pada tahun ini.

Beliau berkata, bila­ngan murid yang berada di tahun dua pula ialah 33,117 orang diikuti tahun tiga (33,239 orang), tahun empat (32,869 orang), tahun lima (34,081) dan tahun enam (34,817).

“Secara keseluruhannya, bilangan murid dalam tahun satu hingga enam di Perak berada pada tahap konsisten iaitu me­lebihi 30,000 orang,” katanya.

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments