"Sekiranya cuti umum jatuh pada hari Ahad, hari Isnin merupakan cuti ganti tetapi memandangkan Isnin adalah cuti umum sempena Maulidur Rasul, jadi cuti bagi negeri Selangor akan digantikan pada Selasa.
"Perkara ini terkandung dalam Pekeliling 10/2015 yang dikeluarkan hujung tahun lepas mengenai cuti-cuti umum bagi negeri Selangor tahun 2016," katanya ketika dihubungi di sini.
Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam satu kenyataan hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar dalam media sosial mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari kelepasan am.
Menurut Pejabat KSN, kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh KSN, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan 13 Disember 2016 bukanlah hari kelepasan am. - Kosmo Online
0 Comments