Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Maklumat Terkini Program Penajaan Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM

KEMASKINI: PERMOHONAN DIBUKA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa di universiti awam dalam negara.

CARA MEMOHON

Tawaran permohonan ini dibuka mulai 01.02.2017 hingga 21.02.2017 secara dalam talian sepenuhnya melalui Sistem e-Penawaran di laman sesawang KPM: https://epenawaran.moe.gov.my.

Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam Sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

**************************

Kementerian sedang menaik taraf sistem penawaran program penajaan bagi membolehkan proses permohonan dibuat secara atas talian sepenuhnya mulai ambilan 2017.

Perubahan dan penambahbaikan ini juga perlu disesuaikan dengan keperluan dan dasar terkini Kementerian dalam pelaksanaan program-program penajaan.

Berdasarkan perkembangan terkini, Kementerian menjangkakan iklan penawaran bagi program penajaan dapat dikeluarkan pada Januari 2017.

Selaras dengan perubahan ini, bakal pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam sistem e-operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) bagi memudah dan melancarkan proses permohonan akan datang.

Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) yang bertanggungjawab dalam urusan ini akan mengeluarkan maklumat penting berkaitan program-program penajaan KPM melalui laman sesawang Kementerian secara berperingkat sebelum iklan penawaran dikeluarkan.

Maklumat penting ini hendaklah dibaca dan difahami oleh setiap bakal pemohon bagi mendapat kefahaman yang jelas terhadap program yang akan dilaksanakan sebelum mengemukakan permohonan.
Sumber:
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Dokumen Berkaitan Program Penajaan KPM adalah seperti di bawah:

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments