Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ajar pendidikan seksual seawal tadika

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kementerian Pendidikan diminta segera mengkaji keperluan pendidikan seksual untuk didedahkan seawal usia di bangku tadika.
Wakil Pergerakan Puteri UMNO, Norrulhuda Marsidin berkata, pendididikan berkenaan perlu diajar secara serius memandangkan kes jenayah seksual membabitkan kanak-kanak seperti pedofilia semakin membimbangkan.

Kurikulum pembelajaran perlu disesuaikan mengikut peringkat perkembangan awal kanak-kanak sehingga remaja dan juga trend teknologi semasa.

“Pada waktu ini, pendidikan ini tidak diajar secara serius dan perlu dikaji semula supaya memberi kesedaran kepada para pelajar dan sentiasa berwaspada dengan perkara yang terjadi pada diri mereka sendiri,” katanya ketika membahaskan usul pendidikan dan agama pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments