ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan berhasrat membangunkan sistem kad debit untuk kegunaan pelajar sekolah di negara ini seiring dengan perkembangan era digital pada masa kini.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membangunkan sistem tersebut supaya pelajar tidak perlu lagi membawa wang tunai dalam urusan jual beli di sekolah.
Beliau mahu Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) atau agensi berkaitan melihat kepentingan, misalnya, kad debit kerana pada masa ini, tiada lagi dasar berkaitan kad debit (untuk pelajar sekolah).
“Pelajar kita masih lagi membawa wang tunai sedangkan banyak negara maju, anak-anak menggunakan kad debit. Kad debit ini boleh digunakan di sekolah, koperasi dan tempat lain untuk membeli barang.
“Saya mahu kita fikirkan perkara ini bersama kerana pada masa ini terdapat kira-kira lima juta pelajar dari peringkat prasekolah hingga ke tingkatan enam. Ini salah satu aktiviti yang boleh dikembangkan berkaitan aplikasi digital,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Hari Koperasi Sekolah (HKS) dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah (KPKKS) Peringkat Kebangsaan 2016 di sini semalam.
Yang hadir sama Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Hawa Mohamed Salleh dan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir memberitahu, cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengenakan tindakan gantung persekolahan kepada pembuli mendapat reaksi positif daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kesatuan guru di negara ini.
“Setakat ini, kita bersetuju hukuman akan dilakukan pada tahun sama. Jika pembuli itu didapati bersalah, dia akan digantung dan tidak boleh ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun itu.
“Itu yang kita nak (hukuman gantung) dan setakat ini dipersetujui ibu bapa dan pengurusan sekolah. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang masih diperhalusi jawatankuasa tertinggi (Kementerian Pendidikan) terutama tempoh pelaksanaan,” ujarnya.
Akhbar pada Oktober lalu melaporkan Kementerian Pendidikan mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan tindakan gantung persekolahan selama setahun kepada pembuli yang didapati melakukan kesalahan serius sebagai alternatif hukuman buang sekolah.

0 Comments