MURID lelaki tersekat dalam longkang di SK Batu Belah, Klang.
KLANG: Seorang murid lelaki berusia lapan tahun tersekat dalam longkang di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah, di sini, ketika cuba mengambil duit RM1 yang terjatuh dalam longkang berkenaan, hari ini.
Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari itu, murid Tahun 2 itu dipercayai masuk ke longkang sedalam 0.3 meter yang sempit itu untuk mengambil duitnya yang terjatuh sebelum tersepit dan tidak berjaya meloloskan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan, berkata pasukannya yang menerima panggilan daripada pihak pengurusan sekolah, tiba kira-kira 15 minit kemudian.
"Ketika kami tiba di lokasi, mangsa dalam keadaan mengiring terbaring dalam longkang dan tidak boleh keluar kerana saluran itu ditutupi jeriji besi.
MANGSA berjaya dikeluarkan selepas anggota bomba mengangkat jeriji besi.
"Mangsa dipercayai masuk ke dalam longkang selepas gagal mengambil duitnya melalui celah jeriji," katanya.
Katanya, murid itu dipercayai merangkak ke bahagian ditutupi jeriji sebelum tersekat dan tidak dapat menolak besi penutup berkenaan.
Zaidi berkata, mangsa berjaya dikeluarkan selepas anggota bomba mengangkat jeriji besi berkenaan dan tiada kecederaan dilaporkan.

0 Comments