Sibu: Murid lelaki tahun enam maut apabila kereta yang dipandu gurunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Sibu-Bintulu di sini, hari ini.
Dalam kejadian 11.50 pagi tadi, mangsa, Leong Gao Yi maut akibat parah di kepala, manakala dua rakannya serta guru wanita berusia 27 tahun yang memandu kereta cedera.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Deputi Superintendan Alexson Naga berkata, guru wanita terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Boon, Mukah ke Sibu untuk menghadiri satu program.
Menurutnya, kereta yang dipandu guru wanita itu hilang kawalan ketika melalui selekoh berbukit berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar.
"Kereta yang dinaiki mereka dikatakan terbalik beberapa kali sebelum terbabas di tepi jalan.
"Mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

0 Comments