Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Guru, pelajar hasilkan lintasan 3D

CHERAS: Kreativiti empat orang guru bersama beberapa pelajar Kelab Seni Sekolah Menengah Cheras Perdana berjaya menjadikan lintasan pejalan kaki dekat sekolah berkenaan lebih menarik kerana berkonsepkan lukisan tiga dimensi.

Malah, usaha gigih mereka selama empat hari itu juga menjadikan laluan kaki lima sekolah itu berkonsepkan jalan raya.
Mereka yang diketuai Guru Penolong Kanan Kokurikulumnya, Chi Ra Din Klom serta guru pembimbing Syazriha Abdul Hanif, Siti Suhaila Yussup, Tutty Kartina Abd Khadir, sanggup berkampung hingga lewat malam setiap hari untuk merealisasikan idea kreatif itu.
Menurut Syazriha, idea untuk menghasilkan lintasan pejalan kaki tiga dimensi adalah cadangan Penolong Kanan sekolah itu yang diambil daripada laman sesawang antarabangsa sebelum mengolahnya supaya sesuai dengan konsep yang mahu mereka tampilkan.

"Pada mulanya, idea ini datang apabila ada rakan-rakan guru lain memberitahu belum pernah ada lintasan pejalan kaki tiga dimensi di mana-mana sekolah terutama di Selangor ini.

"Daripada idea itu dan kebetulan sekolah kami menyertai program 'Shell Selamat Sampai', kami dan pelajar cuba untuk jadikannya sesuatu yang kreatif dan menarik.

"Amat melegakan kerana apabila siap, kelihatan sangat menjadi dan kesan tiga dimensinya juga mendapat perhatian ramai. Ia satu kepuasan kepada kami dalam merealisasikan matlamat SMKCP selamat sampai. Pengorbanan masa cuti kami dan pelajar untuk tujuan ini terasa sangat berbaloi," katanya.

Hasil kerja mereka dirasmikan Pengetua Cemerlang sekolah itu, Abdul Gaffar Kunchi Mohd dan disaksikan oleh Sufian Aziz, wakil syarikat Shell.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang keselamatan jalan raya, di samping penekanan pihak sekolah dalam kehadiran pelajar supaya dapat sampai ke sekolah dengan selamat.

jobs from my.neuvoo.com

Di sebalik tabir pembikinan:

Post a Comment

0 Comments