Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cikgu 'Kacak' Kini Miliki Puluhan Ribu Peminat

KALAU sebelum ini ramai yang mahu ke hospital gara-gara kekacakan seorang doktor bernama Say Shazril Shaharuddin, kali ini lain pula apabila ramai yang ‘mahu’ kembali ke sekolah kerana tertarik dengan kecantikan dan ketampanan guru-guru.

Bermula dengan kisah seorang guru bernama Aishah, atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman, yang viral di laman sosial kerana dikatakan menerima sepucuk surat cinta daripada seorang bapa pelajar, kini penangan aura dibawa guru cantik dan bergaya tidak kira gender telah berjaya menarik perhatian kebanyakan murid-murid.

Guru dari Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Kepong, Mohamad Aziram Zakaria, 24, antara yang berjaya memanipulasikan auranya, dimana sehingga kini laman Instagramnya telah mencecah lebih 75,000 pengikut.
Foto ihsan Instagram
Foto ihsan Instagram

Malah menariknya mengenai anak kelahiran Kelantan ini, yang juga merupakan model sambilan, beliau turut menjadi kegilaan ramai pengikut Instagram sehinggakan sering ditawarkan cinta dan menerima lamaran untuk berkahwin, lapor Harian Metro.

Mohd Aziram, yang memiliki paras rupa iras pelakon dan penyanyi Izzue Islam bagaimanapun mempunyai misi penting dalam mengejar impian dan matlamatnya sebagai seorang guru.

"Sebagai seorang guru, kita mesti menjadi ‘role model’ dan menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar.

“Pada masa yang sama, saya mahu membuktikan bahawa kerjaya guru tidaklah membosankan, sepertimana segelintir orang fikirkan. Saya boleh melancong dan pergi bercuti pada hujung minggu serta menjadi model pakaian,” katanya, yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Pendidikan Jasmani, dipetik akhbar tersebut.

Selain Mohd Aziram, seorang lagi guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Satak, Raub, Pahang, Wan Mohd Khairi Wan Hassan, 29, juga antara yang popular di laman Instagram. Beliau mempunyai lebih 58,000 ribu pengikut yang terdiri daripada murid-murid dan peminatnya.
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments