Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Polis siasat guru cabul, rogol murid di Besut dan Telupid, guru skim cepat kaya - KPM

Gambar hiasan
JELEBU: Kes guru didakwa cabul murid di Terengganu dan kes rogol di Sabah baru-baru ini diserahkan kepada pihak polis menanganinya.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan sedia menjalankan siasatan dalaman berkaitan kes berkenaan.

“Saya kecewa dengan berita seumpama ini bagaimana guru boleh terlibat dalam kes seumpama ini… kes ini sudah jadi kes polis,” kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Cuma di peringkat jabatan dan kementerian, kita akan buat siasatan dalaman yang boleh menentukan bagaimana tindakan boleh diambil kepada penama sekiranya kes itu terbukti,” kata Mahdzir selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno bahagian Jelebu.

Mahdzir berkata pihak kementerian turut menyerahkan kepada polis menyiasat kes dakwaan terhadap guru yang terlibat dalam skim cepat kaya.

Baru-baru ini seorang guru berusia 50 tahun ditahan di Besut, Terengganu kerana didakwa mencabul tiga muridnya.

Manakala, dalam kejadian di Sabah, seorang guru disiplin berusia 53 tahun di Telupid, turut ditahan atas dakwaan menodai tiga muridnya berusia 9 ke 10 tahun.

Bercakap kepada pemberita, Mahdzir turut menyentuh berkaitan permainan Pokemon Go.
Menurut Mahdzir permainan berkenaan tidak dibenar dimainkan di sekolah.

Sementara, menjadi tanggungjawab ibu bapa mengawasi anak-anak yang bermain Pokemon Go di luar waktu sekolah.
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments