Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KPM sambut baik usul Akta Perlindungan Guru

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid
mengetuk gong merasmikan persidangan
perwakilan UMNO Bahagian Tapah, di Tapah, petang tadi.
- Foto Muhaizan Yahya
TAPAH: Kementerian Pendidikan menyambut baik usul berhubung Akta Perlindungan Guru untuk penambahbaikan tugas murni guru di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, usul dicadangkan UMNO Bahagian Bagan Datoh itu sebagai satu bentuk pendemokrasian guru peringkat sekolah.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab, saya melihat perkara itu adalah usaha penambahbaikan tugas murni guru di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tapah, di sini petang tadi.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hasan dan EXCO kerajaan negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Mahdzir mengulas salah satu usul yang diluluskan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datoh hari ini yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, berhubung isu pasangan guru tinggal berasingan dalam jangka lama, beliau berkata terdapat kira-kira 20,000 pasangan berkenaan di seluruh negara.

Beliau berkata, kementerian itu akan terus menyelesaikan isu berkenaan secara berperingkat dan sehingga Jun lalu sebanyak 4,267 pasangan dapat disatukan.

"Kementerian jangka lebih banyak isu ini diselesaikan akhir tahun ini kerana tahun ini adalah permulaan persaraan wajib usia 60 tahun, jadi akan ada banyak kekosongan jawatan," katanya.

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments