Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bukan Bulan Kemerdekaan, tapi Bulan Kebangsaan

Sebagai panduan persiapan sekolah untuk menyambut Bulan Kebangsaan tanahair tercinta, diingatkan semua supaya mencetak banner, bunting, poster dengan ayat dan kata-kata yang betul.

Untuk peringatan semula, sambutan kemerdekaan tidak lagi dikenali sebagai Hari Kemerdekaan atau Bulan Kemerdekaan sebaliknya perlu menggunakan Hari Kebangsaan ataupun Bulan Kebangsaan.

Sebutannya juga tidak akan disebut ulang tahun ke berapa sebaliknya menyebut dan menulis tahun semasa ianya diraikan.

Ianya selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia ketika mengumumkan pelancaran Bulan Kebangsaan di Kuching pada 10 Ogos tahun 2015.
"Buat pertama kalinya, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak akan menyebut ulang tahun kali ke berapa sebaliknya hanya dikenali sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia 2015. Hal ini bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat tanpa mengira mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak kerana 31 Ogos 1957 lebih menumpukan kepada tarikh kemerdekaan Malaya manakala 16 September 1963 lebih dirasa oleh Sabah dan Sarawak." -  Najib, Kuching 2015
Tema untuk sambutan Hari Kebangsaan 2016 juga kekal sebagai 'Sehati Sejiwa' seperti mana tahun lepas.


jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments