Hot Posts

6/recent/ticker-posts

4,267 guru duka lara bersatu semula dengan pasangan

TAPAH - "Seramai 4,267 guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan mereka kerana menjalan tugas disatukan semula dari Januari hingga Jun ini," kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, sementara lebih 20,000 guru berduka lara itu masih dalam pertimbangan pihak kementerian.

"Insya-ALLAH dalam hujung tahun ini kita akan lihat berapa ramai lagi yang kes mereka boleh diselesaikan.

"Kita akan buat secara berperingkat dan keutamaan kita adalah guru yang telah lama berjauhan mengikut tempoh masa berjauhan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tapah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Negeri.

Mahdzir berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai lagi jumlah permohonan untuk pertukaran tempat bertugas kerana lebih ramai pasangan baharu yang melibatkan guru yang berkahwin.

"Ia bukan boleh selesai dalam tempoh setahun atau dua tahun. Masalah ini akan berpanjangan dan kita akan selesaikan yang lama (tempoh) dahulu," katanya.

Sementara itu, beliau menyambut baik usul perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh yang mahukan akta mengenai perlindungan kepada guru digubal.

"Saya menyambut baik terhadap segala penambahbaikan kepada tugas murni dan pendemokrasian guru di sekolah," katanya.

Usul itu dicadangkan bagi melindungi guru daripada diserang, diugut dan diancam oleh pelajar serta ibu bapa semasa bertugas.

Mengenai penahanan seorang guru yang juga dikatakan sebagai anggota lembaga pengarah skim pelaburan cepat kaya, Mahdzir berkata, pihaknya menasihatkan guru agar berhati-hati serta menyiasat terlebih dahulu sebelum menyertai skim
cepat kaya.

"Setakat ini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kementerian kerana ia di bawah kes polis," katanya.

Suspek yang berusia 46 tahun dari Kok Lanas, Kelantan itu ditahan awal pagi semalam di Kuala Lumpur. - Bernama
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments