Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Isu umur bersara: CUEPACS perjelas saranan bukan untuk semua kakitangan

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun hanya melibatkan antara 1,200 dan 2,000 daripada kira-kira 25,000 penjawat awam yang bersara setiap tahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu membabitkan antara lima dan lapan peratus bakal pesara sahaja, bukan kesemuanya.

"Kita tidak mahu kehilangan penjawat-penjawat awam seperti profesor, pensyarah dan doktor pakar yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup berguna kepada kerajaan dan negara," katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri CUEPACS di sini hari ini.

Beliau berkata tidak semua penjawat awam dicadang dilanjutkan umur persaraan kerana mahu memberi peluang kepada golongan muda mengisi kekosongan jawatan di dalam sektor perkhidmatan awam.

Turut hadir di majlis itu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. - Bernama
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments