Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Guru boleh bertindak ‎tegas, namun usah menghukum - Kamalanathan

KOTA BHARU - Kawalan emosi penting bagi seorang guru ketika berhadapan dengan pelbagai situasi disiplin melibatkan pelajar di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan‎ berkata, guru tidak sepatutnya mencederakan pelajar walaupun tegas ketika memberi hukuman.

"‎Perbincangan dengan ibu bapa pelajar perlu bagi menyelesaikan sebarang tindakan disiplin melibatkan anak-anak mereka.

"‎Ini kerana peranan guru bukan sahaja mendidik malah pendekatan cikgu perlulah tegas namun tidak perlu menghukum dan perlu rujuk kepada ibu bapa bagi penyelesaian," katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung insiden pelajar‎ perempuan ditampar ustazah di sebuah sekolah di Tanah Merah di sini Selasa lalu.

‎Dalam kejadian itu, Nursyahida Zulkifli, 15 pelajar tingkatan tiga mengalami masalah saraf setelah ditampar guru agama terbabit.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Ab Aziz berkata, kes itu sudah selesai selepas perjumpaan dengan kedua belah pihak.

"Guru terbabit telah dipanggil dan penyelesaian telah dicapai untuk tindakan selanjutnya,"katanya.
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments