Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Guru bebas tuduhan miliki kertas soalan bocor

Guru bebas tuduhan miliki kertas soalan bocor.
KUALA KANGSAR- Seorang guru tersenyum gembira apabila Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan memiliki kertas soalan bocor Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Hakim Niran Tan Kran memutuskan demikian terhadap guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh, Pengkalan Hulu, P Uma Mageswari, 28, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Uma Mageswari dituduh memiliki beberapa kertas soalan sains UPSR 2014 dalam telefon bimbit Samsung Ace di sekolah sama pada jam 12.39 pagi pada 10 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 (1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam, M Kulasegaran dan Augustine Anthony.
jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments