![]() |
MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berucap di Majlis Iftar 2016 Kementerian Pendidikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Mohd Fadli Hamzah |
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, perkara itu disyorkan kepada 500,000 kakitangan Kementerian Pendidikan di seluruh negara sebagai langkah pencegahan sebelum mengalami masalah kesihatan lebih serius.
Jelas beliau, sudah ada kejadian membabitkan pegawai dan guru yang tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan yang secara tiba-tiba diserang masalah kesihatan tanpa mereka sedari.
"Justeru, saya mengesyorkan kepada Kementerian Pendidikan supaya satu kajian diadakan, misalnya tempoh tertentu yang sesuai untuk warga pendidikan berkenaan melakukan pemeriksaan kesihatan," katanya kepada pemberita pada Majlis Buka Puasa Kementerian Pendidikan, di sini sebentar tadi.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.
Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 anak yatim dan pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kampung Baru, Kuala Lumpur.
0 Comments