Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mengapa KPM Tidak Wajibkan Penyediaan Fail Individu PBPPP?

Tahniah kepada Kementerian Pendidikan yang begitu prihatin dengan luahan guru-guru berkenaan PBPPP.

Guru-guru kini mendapat 'first hand' maklumat terus daripada pegawai yang bertanggungjawab berkaitan hal ini melalui En. Adzman Talib (Timbalan Setiausaha Bahagian, BPPK (KPM).

Beliau turut mengulas mengapa fail peribadi PBPPP bukan menjadi pilihan utama atau kewajipan kepada guru-guru yang dinilai untuk menyediakannya
jobs from my.neuvoo.com
Assalamualaikum WTH.

KPM sangat menghargai pandangan dan perkongsian maklumat yang diberikan oleh pihak guru berkaitan pelaksanaan PBPPP 2016.

Pandangan yang diberikan oleh Saudara Mohd Nazif Arifin berkaitan perkara ini juga menarik perhatian KPM. Terima kasih Saudara Mohd Nazif.

Isu berkaitan fail PBPPP yang perlu disediakan oleh guru dalam penilaian PBPPP telah diberikan penjelasan oleh YB Menteri bertepatan dengan surat siaran yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK). Semakan bahan merupakan salah satu kaedah penilaian dalam PBPPP.

Kaedah Penilaian PBPPP

Terdapat 3 kaedah lain dalam penilaian ini iaitu Temu Bual, Pemerhatian dan Pencerapan. Penggunaan lebih daripada satu kaedah penilaian sangat sesuai untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat atau eviden sebelum Pegawai Penilai memberikan skor.

Buku Rekod Mengajar perlu digunakan secara optimum untuk mencatatkan penglibatan, sumbangan, aktiviti, program dan pelbagai perkara yang melibatkan tugas guru. Jika guru ingin menyimpan dokumen/ maklumat tersebut untuk dirujuk pada masa akan datang, mereka boleh berbuat demikian mengikut kaedah dan cara yang difikirkan sesuai asalkan dokumen/ maklumat tersebut disimpan di tempat yang selamat dan mudah diakses.

Sekiranya, bidang tugas guru sememang perlu menggunakan fail dalam urusan kerja seperti penyediaan laporan kewangan, aktiviti yang dijalankan, dsb, penggunaan fail boleh sahaja dilaksanakan.

KPM Bimbang

Kebimbangan KPM ialah penggunaan fail individu khas untuk penilaian PBPPP. Perkara ini kemungkinan akan meningkatkan beban tugas guru.

Kedua, kebimbangan KPM ialah penilaian dilakukan terhadap fail dan bukannya tahap prestasi pegawai/ guru berkenaan. Inisiatif pihak pentadbir sekolah diperlukan untuk menggunakan budi bicara dalam perkara ini. Namun begitu, KPM mengharapkan apa-apa sahaja tindakan yang diambil dalam perkara ini tidak akan menambah beban tugas guru.

Diharapkan penjelasan ini akan memberi maklumat kepada semua pihak dalam melaksanakan PBPPP 2016.

Terima kasih.

Adzman Talib (Timbalan Setiausaha Bahagian, BPPK (KPM)


Post a Comment

0 Comments