Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Apa Perbezaan PBPPP Dan PPPB?


Apakah PBPPP

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan fungsi LNPT.

Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan.

Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Apakah PPPB 

PPPB ialah Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan juga dikenali dengan Profil PPB. (Peningkatan Ilmu). Tiga Tahun.

Apakah PBPPP 

PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.

Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Guru-guru boleh rujuk artikel kami terdahulu;

BACA: Perkaitan PPPB dan PBPPP
BACA: PPPB: Apa yang guru perlu tahu?

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place).

Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM). Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan yang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing.

Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut

Elemen Penilaian Kompetensi PBPPP 
1. Nilai profesional 
2. Pengurusan aktiviti 
3. Sumbangan 
4. Kemahiran professional PdP 

Elemen Penilaian Keberhasilan PBPPP 
1. Keberhasilan PdP 
2. Keberhasilan kaunseling 
3. Keberhasilan kejurulatihan 

jobs from my.neuvoo.com

Post a Comment

0 Comments