KUALA LUMPUR, Selasa – Kementerian Pendidikan sekali lagi mengulangi pendirian untuk tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana tidak mengikut standat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pendirian Kementerian jelas bahawa semua sistem berkaitan pendidikan yang hendak dilaksanakan di negara ini, perlu berlandaskan dasar pendidikan kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).
“Dalam hal ini, UEC didapati tidak akur terhadap kehendak seperti digariskan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan seperti diperuntukkan diperuntukkan mengikut akta itu,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat hari ini.
Kenyataan beliau sekali gus menyangkal dakwaam TerkTimbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon pada Mei lalu bahawa kerajaan bakal mengiktiraf UEC dalam masa terdekat setaraf dengan peperiksaan awam seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
Mahdzir berkata, sistem pendidikan kebangsaan memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Selain itu, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama, pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya bagi memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Bagaimanapun katanya, peperiksaan UEC masih mengekalkan status quonya sejajar Akta Pelajaran 1961 serta peruntukkan mengikut Seksyen 151, Akta Pendidikan 1996.
UEC dikendalikan oleh badan persendirian sejak tahun 1975 menerusi jawatankuasanya yang terdiri daripada Gabungan Kesatuan Pengelola Sekolah Cina Malaysia, Gabungan Kesatuan Guru Sekolah Cina Malaysia dan Kesatuan Alumni Sekolah Cina
Sijil UEC tidak diakui oleh kerajaan sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia.

0 Comments