Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rahsia seluar digulung murid buat gurunya mengalirkan air mata...

Kalau diperhatikan disekolah, pelbagai gelagat murid dapat kita lihat. Namun begitu, jika kita terus melihat, kita akan jumpa satu dalam sepuluh, gelagat mereka yang menyimpan pelbagai kisah suka duka.

Jom baca kisah yang dikongsikan oleh seorang guru dan muridnya:

Sudah lama saya perhatikan murid ini memegang sahaja seluar treknya yang digulung-gulung hingga singkat, tapi tak pernah terfikir untuk panggil dan bertanya kepada dia.

Kelmarin saya tergerak hari untuk bertanya apabila melihat murid lain keluar rehat, tetapi dia duduk sahaja di dalam kelas.

Saya tanya, kenapa tak pergi rehat, tetapi dia tidak menjawab. Wajahnya malu-malu teragak-agak hendak memberitahu saya yang dia cuma ada 80 sen.

Luluhnya hati saya, sebak dalam hati saya tahan, dalam hati berkata, "Nak makan apa 80 sen di kantin," sambil mata saya melilau dan memikir kenapa dia pegang seluarnya yang sengaja digulungnya.

Apabila saya turunkan tangannya, Allah! Terlucut pula seluarnya, tersipu-sipu malu lagi dia, sebak lagi hati saya melihat dia dengan seluar trek yang sudah tiada getah.

Tabahlah wahai hati...
Saya mencari-cari pin tudung, manalah tahu ada terselit dalam beg tangan. Alhamdulillah, jumpa satu pin tudung dan saya pinkan seluarnya.

Kemudian saya kemaskan dan bertanya, "Ini seluar siapa kamu pakai?" Dia jawab, "Seluar kakak saya," saya tanya lagi, "Kenapa pakai seluar kakak?" Dia jawab, "Saya tak ada seluar, saya ganti-ganti dengan kakak saya," dan air mata saya mula menitis.

Memandangkan waktu rehat makin berlalu, saya ajak terus ke kantin sambil beikan sedikit wang untuknya beli makanan di kantin.

Sehinga kini saya masih terbayang, terkenang, terfikirkan dia, masih banyak lagi kisahnya yang saya tak mampu kongsikan di sini.

Kisah di atas saya kongsikan sebagai peringatan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebagai ibu kepada anak-anak saya yang saya beri segala kelengkapan harian dan juga sebagai seorang guru yang sangat mudah tersentuh hati...

Semoga menjadi iktibar kepada rakan-rakan guru diluar sana. Kisah ini disunting semula daripada cetakan skrin dibawah:


Post a Comment

1 Comments

  1. SAMA SAJE PENGALAMAN SAYA MENGAJAR DISEBUAH SEKOLAH MURID ASLI YANG MANA AYAH MURID INI MENINGGAL BAPA NYA BERKETURUNAN IBAN MAK ASLI ORANG DAPAT 700 DIA HANYA MELIHAT KAWAN2 DAPAT DUIT SELUAR SKLH SEMAKIN SENTENG DAN LUSUH BILA DITANYA ADA BERAPA HELAI BAJU 1 AJE CIKGU MULAI TAHUN INI SAYA BERIKAN DIA 2 PASANG BAJU KADANG2 TANYA ADA DUIT BELANJA DIAM DAN TENGOK AJE RAKAN2NYA MAKAN ADUI BELUM YANG LAIN BILA BAGI DUIT BERLARI KE KANTIN TENGOK 2 KONGSI MAKAN NASI LEMAK 1 3 ORANG

    ReplyDelete