Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pengurusan Mesyuarat Online Dengan MyMESYUARAT Secara Percuma

Sistem MyMesyuarat merupakan sistem pengurusan mesyuarat dan pemantau keputusan mesyuarat secara dalam talian.

Sehingga 2010, lebih kurang 80 agensi telah melaksanakan MyMeeting. Sistem MyMeeting telah di pilih sebagai salah satu projek di bawah NKEA CCI EPP: Kerajaan Elektronik. Mesyuarat JITIK 1/2012 telah bersetuju untuk MAMPU membuat perluasan MyMeeting ke seluruh agensi Sektor Awam. Di bawah Projek Perluasan MyMeeting ke Agensi-agensi Sektor Awam (Fasa 1), MyMeeting telah ditambahbaik dan dijenamakan sebagai MyMesyuarat.

Pelaksanaan MyMesyuarat di bawah projek ini adalah menggunakan infrastruktur cloud computing yang dihoskan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA). Pada 2012, MyMesyuarat telah berjaya diperluaskan ke 100 agensi merangkumi 25 Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dan bilangan agensi pelaksana telah meningkat kepada lebih 200 agensi menjelang tahun 2014.


Antara kelebihan penggunaan MyMesyuarat ialah memberikan penyelesaian menyeluruh dan efektif bagi pengurusan mesyuarat seperti
  • Pengurusan jawatankuasa, 
  • Jemputan mesyuarat, 
  • Pengesahan kehadiran, 
  • Penyediaan minit, 
  • Pengurusan maklum balas dan laporan  
  • Pemantauan keputusan mesyuarat secara dalam talian. 
MyMesyuarat merupakan satu produk inovasi oleh MAMPU di mana pengguna boleh mengakses maklumat dengan mudah, mengurangkan penggunaan kertas serta memberikan penjimatan kepada Kerajaan dari segi kos dan masa di dalam mengurus dan melaksanakan mesyuarat.

Perisian online ini adalah percuma. Jika ada sekolah-sekolah yang berkinginan untuk mencubanya, boleh layari laman web http://portal2.mymesyuarat.gov.my untuk keterangan lanjut.

Untuk paparan awal, sekolah juga boleh muat turun panduan pengguna yang disediakan terlebih dahulu:

1. PANDUAN PANTAS PENGGUNA
2. MANUAL PENGGUNA
NoNama Fail Penerangan
1 Rekod Versi Dokumen Manual Pengguna  Senarai perubahan dalam manual pengguna terkini
2 Manual Pengguna Pentadbir v1.1 Versi 1.1
3 Manual Pengguna Urus Setia v1.1 Versi 1.1
4 Manual Pengguna Pengerusi v1.1 Versi 1.1
5 Manual Pengguna Ahli v1.1 Versi 1.1

3. SLAID LATIHAN




Post a Comment

0 Comments