Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Menteri Dedah 3 Faktor Pertukaran Guru Diluluskan 1 Jun Ini

Kuala Lumpur: Keputusan permohonan pertukaran 15,000 guru yang berjauhan daripada pasangan masing-masing akan diketahui 1 Jun ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, permohonan pertukaran itu dibuka kepada guru setiap Januari, Jun dan Disember.

Keputusan permohonan itu dibuat berdasarkan tiga kriteria utama iaitu tempoh masa guru mengajar di sesebuah sekolah, faktor kesihatan guru berkenaan dan tempoh guru berjauhan daripada pasangannya.

"Sejak tahun lalu, sehingga April tahun ini, permohonan hampir 3,000 guru diluluskan bagi membolehkan mereka berpindah mengikut pasangan masing-masing," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Warga Pendidik Parlimen Batu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sentul di sini, hari ini.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada sekolah, guru bersara dan tokoh guru peringkat Parlimen Batu.

Post a Comment

0 Comments