Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Semakan KSSR: Apa Itu PENDIDIKAN KESENIAN (Subjek Baru 2017)


Seperti yang sedia maklum Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan mengalami perubahan pada tahun 2017. Untuk keterangan lanjut, boleh bacanya di SINI.

Ramai juga maklum berkenaan satu subjek baru akan diperkenalkan bagi menggantikan subjek Seni Visual dan Pendidikan Muzik. Kedua-dua subjek ini digabungkan dan diberi nama Pendidikan Kesenian.

Mengapakah ianya berlaku, dan apa pula rasionalnya? Sebelum itu, kita perlu fahami konsep asal subjek atau mata pelajaran ini.

  • Apa itu PENDIDIKAN KESENIAN?

Pendidikan Kesenian merupakan gabungan disiplin ilmu Seni Visual dan Seni Muzik. Objektifnya adalah untuk
  1. Melahirkan insan berliterasi seni 
  2. Kemenjadian murid secara holistik selaras FPK,
  3. Pembangunan dimensi estetik, emosi, intelek, fizikal, nilai, kemahiran generik dan kemahiran sosial
  4. Pengupayaan kemahiran berfikir aras tinggi melalui penghasilan karya dan persembahan seni serta aplikasinya dalam kehidupan
  • Matlamat PENDIDIKAN KESENIAN
Pendidikan Kesenian Sekolah Rendah bermatlamat untuk melahirkan murid berliterasi dan berkemahiran dalam bidang kesenian bagi mengembangkan potensi diri sebagai insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif, serta mempunyai kesedaran terhadap estetik kesenian dari pelbagai budaya seterusnya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa.


MUAT TURUN:

Post a Comment

0 Comments