PENULISAN REFLEKSI
Apa itu refleksi ?
Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru.
- refleksi bermula dengan bisikan hati dan nyata rasa ( passion )
 - refleksi kendiri adalah analisis secara aktif, terarah dan bermatlamat.
 - refleksi kendiri menitik beratkan penerokaan doman affective ( emosional mind ) spiritual dan pemikiran seseorang dalam tindakannya mencari kebenaran terhadap ilmu yang dipelajari.
 
Refleksi membantu pelajar :
- Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran.
 - Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran.
 - Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.
 - Menjadi refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.
 - Menjadikan refleksi sebagai asas kepada penulisan jurnal.
 
Sebaik sahaja selesai pengajaran dan catatan mesti dibuat pada ruang refleksi dalam buku persediaan mengajar.
Contoh REFLEKSI
- Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ........
 - Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ........
 - Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
 - Murid berjaya menguasai konsep ........
 - Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
 - Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
 - Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
 - Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
 - Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
 - Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
 - Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
 - Periksa sama ada murid membawa ......... ke dalam kelas.
 - Cari lebih banyak contoh ......... untuk membantu murid lebih memahami .........
 - Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
 - Tidak cukup peluang untuk murid melakukan ........ semasa pengajaran.
 - Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
 - Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
 - Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
 - Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
 - Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan .......
 - Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran sedang berlangsung.
 - Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir XXX (murid) kurang bersedia dan tidak dapat menumpukan perhatian.
 - Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran tercapai.
 - Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.
 
PENULISAN IMPAK
Penulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut:
"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat 4 digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif."
"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan bimbingan guru."Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif.
Penggunaan peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi tidak logik jika ditukar kepada kuantiti.
Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuai jika diubah ke kuantiti daripada 37 murid. Ini kerana 40 % x 37 murid = 14.8 murid. Bilangan murid hendaklah genap.

2 Comments
assalamualaikum,
ReplyDeletemohon izin saya salin semua bahan dalam blog tuan / puan
assalammualikum.... mohon izin untuk salin dan dijadikan rujukan ya. :)
ReplyDelete