Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Anak hiperaktif? Lambat Bercakap, Pelat? Cuba Tips-Tips Ini...

Saranan di bawah adalah bersifat umum. Setiap anak pastinya ada pendekatan tersendiri. Sila rujuk kepada pakar jika membabitkan isu yang serius.

Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi. LINUS) untuk anak yang menghadapi masalah Lambat menulis /pelat / Lambat bercakap / Hyperaktif..

1) LAMBAT MENULIS

  • Penyelesaian

Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh anak tu lompat bintang di atas tilam tersebut

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) ANAK PELAT


  • Penyelesaian 

Suruh anak bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu anak menyebut perkataan yang sukar disebut.
alaaa..kat taman permainan tu ada monkey bar.. bergayut kat situ..sambil belajar menyebut..

Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) LAMBAT BERCAKAP

  • Penyelesaian

Minta anak melakukan aktiviti turun naik tangga.

Lakukan aktiviti meniup belon...Bubbles.
dan selalu minum menggunakan straw.

Sebab: teknik tu semua akan melonggarkan artikulasi murid

4) ANAK YANG MENULIS DENGAN TULISAN BURUK

  • Penyelesaian

Beri anak menulis dengan pensil yang berbentuk segitiga (pensel ker..color pensel ker..)

Sebab: Mudah digenggam/grip oleh budak.

5) ANAK HYPERAKTIF

Ada hyperaktif yang boleh di kawal atau masih dalam tahap terkawal..tapi ni kalau terlampau sangat..die tak penat2..kite yang penat..

  • Penyelesaian

Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.

jadi bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.

Post a Comment

0 Comments