Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pekeliling & Etika Berpakaian Pelajar Tingkatan 6 Bermula Tahun 2015

Minggu lepas, ketika admin berada di klinik, admin telah didatangi oleh dua orang pelajar Tingkatan 6 dari sebuah sekolah menengah. Mereka mengedarkan beberapa borang soal jawab mengenai kepuasan pelanggan di klinik berkenaan sebagai tugasan sekolah mereka.

Namun apa yang admin ingin perkatakan di sini bukanlah berkenaan tugasan mereka, tetapi berkenaan etika berpakaian mereka. Mereka memakai pakai yang masih mempunyai cap sekolah. Apabila ditanya berkenaan pakaian yang mereka pakai ketika di sekolah, pelajar berkenaan berkata mereka masih memakai uniform sekolah.

Untuk rekod, Tingkatan 6 telah mengalami proses penjenamaan semula dengan beberapa penambahbaikan. Antara penambahbaikan yang dibuat, termasuklah di dalam etika berpakaian.

Pelajar Tingkatan Enam dibenarkan memakai pakaian (biasa) kasual atau tradisional ke sekolah mulai tahun 2015. Perkara berkenaan adalah sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu pada musim persekolahan akan datang dan juga perlaksanaan penjenamaan semula pengajian Tingkatan 6.

Berhubung dengan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam ia telah diluluskan oleh kementerian menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203 pada 21 November 2014.

Ia sejajar dengan sisitem pendidikan prauniversiti seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains Bagaimanapun pelajar perlu mematuhi peraturan etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak kementerian yang dihebahkan melalui siaran media seperti berikut

  • PELAJAR LELAKI 
    • Baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain. 
    • Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan 
    • Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat 
    • Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan 
    • Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter 
    • Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim 
    • Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking 
    • Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan 
    • Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek 


  • PELAJAR PEREMPUAN 
    • Baju kurung atau pakaian tradisional 
    • Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut 
    • Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan 
    • Pakaian ketat juga tidak dibenarkan 
    • Perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki 
    • Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan 
    • Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek

Antara pemakaian yang disarankan di dalam lampiran pekeliling:







Semua perkara-perkara ini terkandung di dalam SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 2 TAHUN 2014 ETIKA PAKAIN MURID TINGKATAN ENAM

Post a Comment

0 Comments