Pelantikan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM) merupakan satu usaha Kementerian untuk memantapkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Sehubungan dengan itu, diharap buku panduan ini dapat membantu GPM menguruskan pusat sumber sekolah secara sistematik dan efisyen dalam meningkatkan kualiti pengurusannya.
PSS perlu diurus dengan baik dan teratur termasuklah penjadualan dan sistem sirkulasi peralatan, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan yang sentiasa dikemaskinikan. GPM perlu jelas dengan peranan PSS yang mempunyai hubungan langsung dengan pelaksanaan program kurikulum dan kokurikulum di peringkat sekolah. Oleh itu, banyak tugas yang perlu GPM tumpukan untuk memastikan PSS dapat digunakan dengan berkesan dengan menerapkan dan membudayakan teknologi pendidikan demi memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah Pusat Kecemerlangan Pendidikan yang lebih berkesan.
Terdapat tiga bahagian utama di dalam buku panduan tugas pengurusan Pusat Sumber Sekolah, iaitu :
Muat Turun:Terdapat tiga bahagian utama di dalam buku panduan tugas pengurusan Pusat Sumber Sekolah, iaitu :
- Perincian Tugasan, merangkumi aspek:
- Tugas (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/2005)
- Objektif
- Bulan
- Bidang Tugas
- Penglibatan
- Bidang Tugas
- Bidang A : Pengurusan dan Pentadbiran
- Bidang B : Organisasi Bahan
- Bidang C: Galakan Membaca dan Literasi Maklumat
- Lampiran
- Mengandungi lampiran contoh dan format yang diperlu kan oleh Guru Perpustakaan dan Media Sekolah dalam menguruskan PSS.
0 Comments