Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Implikasi Penjawat Awam Jika Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan


Panduan ini bertujuan untuk menerangkan pemberian faedah terbitan di bawah undang-undang pencen kepada orang tanggungan pegawai berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri dan pekerja berpencen Perkhidmatan Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan dan pegawai sementara Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri yang mati dalam perkhidmatan atau yang mati dalam persaraan (selepas ini disebut gemulah) dan urusan permohonannya.

Kenapa perlu tahu ?
  1. Anggota dapat mengetahui perjalanan pembayaran pencen kepada ahli keluarganya selepas beliau tiada; dan
  2. Persediaan tertentu boleh dilakukan bagi kesejahteraan keluarga, jika berkenaan.
Kedudukan di bawah Undang-Undang Pencen
Faedah terbitan kepada orang tanggungan anggota berpencen diperuntukkan di bawah :
  •  Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Peraturan- peraturan Pencen 1980; dan
  •  Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dan Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990.
Faedah terbitan tersebut ialah :
  1. Ganjaran Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta 227 atau Seksyen 15 Akta 239;
  2. Pencen Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 atau 15 Akta 227 atau Seksyen 15 atau 16 Akta 239;
  3. Pencen Tanggungan diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta 227 atau Seksyen 20 Akta 239; dan
  4. Elaun Bersara Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 25 Akta 227.
Tafsiran dan Langkah Pengiraan

Apa itu Ganjaran Terbitan?


“ Pemberian faedah yang dibayar sekaligus kepada tangungan anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan / wakil sah yang sah disisi undang-undang ”



Apa itu Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)?

“ Faedah yang diberi bagi cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan sehingga maksimum sebanyak 150 hari kepada pegawai berpencen ”


Siapa yang layak menerima GT & GCR?

Anggota Berpencen Yang Berkahwin 

(a) Ganjaran terbitan dan pencen terbitan diberi kepada :

(i) balu; atau
(ii) duda kepada anggota berpencen yang berada dalam perkhidmatan pada atau selepas 1 Julai 1980; dan/atau
(iii) anak; dan
(iv) ibu atau bapa sebanyak 1/10 bahagian daripada ganjaran terbitan sahaja dan tiada pencen terbitan.

Anggota Berpencen Yang Bujang

(a) Ganjaran terbitan sahaja diberi kepada :

(i) ibu atau bapa (jika ibu telah meninggal dunia); atau
(ii) wakil yang sah di sisi undang-undang.

Apa itu Pencen Terbitan?

Pencen bulanan yang terbit disebabkan oleh kematian anggota / pesara sektor awam, dibayar kepada orang-orang tanggungan anggota / pesara seperti mana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang Pencen berkenaan.


JIKA PENJAWAT AWAM MENINGGAL KETIKA MASIH DALAM PERKHIDMATAN


Pencen Tanggungan

(a) Sebagai tambahan kepada pencen terbitan/ ganjaran terbitan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, pencen tanggungan boleh diberi kepada orang tanggungan anggota berpencen yang mati dalam tempoh tujuh tahun disebabkan :

(i) kemalangan dalam perjalanan; atau
(ii) mendapat bencana semasa melaksanakan tugas rasminya; atau
(iii) mendapat penyakit kerana tugasnya.

dengan syarat bencana yang menimpa, kemalangan yang berlaku, atau penyakit yang dihidapi tidak berpunca daripada kecuaian atau salah laku anggota itu dan tidak menjadi semakin teruk oleh kerana kecuaian atau salah lakunya.

Untuk keterangan lanjut berkaitan berapa bahagian dan usia anak, isteri dan lain-lain maklumat pengiraan, tuan-tuan boleh muat turun dokumen di bawah:

FAEDAH TERBITAN KEPADA WARIS PEGAWAI ATAU PESARA YANG MENINGGAL DUNIA
PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN

Post a Comment

0 Comments